Sunday, October 23, 2016

Rozita Rohaizad rakam lagu dangdut Anak Ikan Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/204500

http://www.bhplus.com.my/node/204500

Rozita Rohaizad rakam lagu dangdut Anak Ikan Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my ROZITA Rohaizad. - Foto Shiraz Ali KUALA LUMPUR: Berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah didekati beberapa lelaki muda, Rozita Rohaizad, 59, merakamkan sebuah lagu dangdut diberi judul Anak Ikan. Lagu terbabit antara karya dimuatkan dalam album Dangdut Asia, yang menggabungkan penyanyi dari beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Selain beliau, penyanyi lain yangterbabit adalah Dior, Ayda Jebat, Elda Susanti, Fareez Adnan, Rubisa, Novu Ayla dan Fauzi Hamzi. Kata Rozita, beliau berkongsi pengalamannya itu bersama Dior, yang kemudian menghasilkan melodi dan liriknya. Rozita yang hidup sendirian sejak kematian suami pada 2006 berkata, laman sosial Facebook menjadi antara saluran golongan muda berkenaan mendekatinya. "Hampir kebanyakan mereka yang ingin berkawan dengan saya di laman berkenaan terdiri daripada orang muda. Malah, sebahagiannya memang terlalu muda. "Sebab itu, apabila Dior selaku komposer bertanya mengenai subjek yang dekat dengan diri saya, saya mengesyorkan kisah 'anak ikan'," katanya kepada BH Online. Katanya, beliau tetap melayan mereka yang ingin bersahabat dengannya, tetapi dengan cara yang sesuai dan tidak keterlaluan. "Malah, ada antaranya yang kini rapat dengan saya, dengan sebahagiannya membantu saya menyediakan rekaan untuk poster atau muka hadapan kulit album mahupun single. "Setakat ini, saya sedar kedudukan saya, jadi tiada yang dilayan secara berlebih-lebihan. Saya masih waras dan sedar diri sudah berusia. Begitupun, saya juga ingin berasa ceria dan berkawan dengan orang muda. "Lagipun, saya tidak melihat persahabatan dengan orang muda sebagai sesuatu yang salah. Saya sendiri enggan dilabel seperti orang tua sebelum waktunya. "Memang saya sudah berusia, tetapi hidup ini bukan untuk memikirkan apa yang orang lain fikirkan," katanya. Bercerita mengenai lagu terbabit, katanya, ia dirakamkan sebelum musim raya lalu dan dikemas kini sekitar September di sebuah studio di Ipoh. Produk berkenaan akan dilancarkan beberapa minggu lalu. Bukan irama dangdut pertama dinyanyikan olehnya, Rozita berkata, ketika merakamkan lagu di bawah seliaan Datuk Ahmad Nawab dulu, beliau turut mendendangkan sebuah karya berjudul Hari Yang Ku Nanti, yang mempunyai suntikan genre terbabit. Rozita mula membabitkan diri di arena seni pada 1978 menerusi syarikat rakaman EMI dan Ahmad Nawab antara individu penting menyerlahkan bakatnya di dunia muzik.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/204500

No comments:

Post a Comment