Sunday, October 23, 2016

Rozita Rohaizad Enggan Peduli Dicemuh Kerana Lagu 'Anak Ikan' BY MSTAR.COM.MY

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/10/01/rozita-anak-ikan/

Rozita Rohaizad Enggan Peduli Dicemuh Kerana Lagu 'Anak Ikan'

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 6:00 AM
Rozita tidak ambil peduli dengan kritikan diberikan terhadapnya.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi Rozita Rohaizad enggan mengambil peduli tentang cemuhan segelintir pihak yang menganggap dirinya tidak sedar diri apabila muncul dengan lagu terbaharu berjudul Anak Ikan.

Rozita, 59, berkata, usia bukan penghalang untuk dia muncul dengan lagu genre dangdut itu dan meminta masyarakat agar menghormati perjuangannya sebagai anak seni.

"Saya sedar ramai yang kritik dan menganggap saya tidak sedar diri tapi saya malas untuk ambil peduli dan membaca komen-komen negatif itu.

"Saya harap mereka berhenti menghukum saya dengan meminta saya menjadi makcik-makcik di dapur, saya seorang yang ceria dan sentiasa gembira dengan apa yang saya lakukan," ujarnya kepada mStar Online.

Rozita ketika membuat persembahan di pelancaran Dangdut Asia baru-baru ini.
Dia menjawab tentang segelintir pihak yang mengkritik persembahannya dalam sebuah video pada pelancaran lagu tersebut minggu lalu. Mereka mengganggap ia sebagai tidak sesuai kerana faktor usianya.

Sementara itu, Rozita turut menjelaskan maksud lagu tersebut Anak Ikan yang menujukan kepada kekasih muda itu hanyalah sekadar hiburan semata-mata.

Tambah anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani ini, dia tidak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki yang lebih muda daripada usiannya.

"Lagu tersebut hanya hiburan semata-mata dan tidak menggambarkan diri saya pun. Saya akui ada berkawan dengan ramai lelaki yang lebih muda tapi hanya kawan-kawan sahaja.

"Saya suka lagu ini kerana ia catchy dan bertenaga apabila dipersembahkan di atas pentas," ujarnya.

Sementara itu, Rozita berkata, dia perlu menjaga stamina dan kesihatan dengan baik dalam mempromosi lagu yang memerlukannya untuk banyak menari.

Istilah 'anak ikan' sering digunakan dalam dunia hiburan bagi merujuk kepada lelaki muda kacak yang sering menjadi perhatian ramai.
Tags / Kata Kunci:Rozita Rohaizad

Rozita Rohaizad rakam lagu dangdut Anak Ikan Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/204500

http://www.bhplus.com.my/node/204500

Rozita Rohaizad rakam lagu dangdut Anak Ikan Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my ROZITA Rohaizad. - Foto Shiraz Ali KUALA LUMPUR: Berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah didekati beberapa lelaki muda, Rozita Rohaizad, 59, merakamkan sebuah lagu dangdut diberi judul Anak Ikan. Lagu terbabit antara karya dimuatkan dalam album Dangdut Asia, yang menggabungkan penyanyi dari beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Selain beliau, penyanyi lain yangterbabit adalah Dior, Ayda Jebat, Elda Susanti, Fareez Adnan, Rubisa, Novu Ayla dan Fauzi Hamzi. Kata Rozita, beliau berkongsi pengalamannya itu bersama Dior, yang kemudian menghasilkan melodi dan liriknya. Rozita yang hidup sendirian sejak kematian suami pada 2006 berkata, laman sosial Facebook menjadi antara saluran golongan muda berkenaan mendekatinya. "Hampir kebanyakan mereka yang ingin berkawan dengan saya di laman berkenaan terdiri daripada orang muda. Malah, sebahagiannya memang terlalu muda. "Sebab itu, apabila Dior selaku komposer bertanya mengenai subjek yang dekat dengan diri saya, saya mengesyorkan kisah 'anak ikan'," katanya kepada BH Online. Katanya, beliau tetap melayan mereka yang ingin bersahabat dengannya, tetapi dengan cara yang sesuai dan tidak keterlaluan. "Malah, ada antaranya yang kini rapat dengan saya, dengan sebahagiannya membantu saya menyediakan rekaan untuk poster atau muka hadapan kulit album mahupun single. "Setakat ini, saya sedar kedudukan saya, jadi tiada yang dilayan secara berlebih-lebihan. Saya masih waras dan sedar diri sudah berusia. Begitupun, saya juga ingin berasa ceria dan berkawan dengan orang muda. "Lagipun, saya tidak melihat persahabatan dengan orang muda sebagai sesuatu yang salah. Saya sendiri enggan dilabel seperti orang tua sebelum waktunya. "Memang saya sudah berusia, tetapi hidup ini bukan untuk memikirkan apa yang orang lain fikirkan," katanya. Bercerita mengenai lagu terbabit, katanya, ia dirakamkan sebelum musim raya lalu dan dikemas kini sekitar September di sebuah studio di Ipoh. Produk berkenaan akan dilancarkan beberapa minggu lalu. Bukan irama dangdut pertama dinyanyikan olehnya, Rozita berkata, ketika merakamkan lagu di bawah seliaan Datuk Ahmad Nawab dulu, beliau turut mendendangkan sebuah karya berjudul Hari Yang Ku Nanti, yang mempunyai suntikan genre terbabit. Rozita mula membabitkan diri di arena seni pada 1978 menerusi syarikat rakaman EMI dan Ahmad Nawab antara individu penting menyerlahkan bakatnya di dunia muzik.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/204500

​Rozita ada anak ikan yang diajak lepak BY MINISTRY OF DANGDUT

https://ministryofdangdut.wordpress.com/2016/09/22/%E2%80%8Brozita-ada-anak-ikan-yang-diajak-lepa/

​Rozita ada anak ikan yang diajak lepak

Yup anak ikan (fish child: figure it out) uolls heard it rite and she is proud of it.
Wow seandainya benar, akan tetapi ia adalah judul lagu dan sebahgian dari lirik yang mengatakan anak ikan ajak lepak…lepak kat mana yer uolls.
Tercetusnya idea anak ikan bila Rozita bercuti di Melaka. Yesss, jangan salah sangka uolls sebenarnya anak ikan Rozita hanya merupakan lagu terbaru berbentuk remixdangdut.But if its true why not…ewah.
Walaupun Rozita penyanyi pelbagai genre, pada tahun 1978 lagu, Hari yang ku nantikan, musik dan lirik oleh Dato Ahmad Nawab adalah dangdut.
Rozita berkata “I’m a cheerful singer. And am always for melodies for the crowd to dance to.”
She added, “Dangdut unlike pop yeh yeh will last for some time bcus it has so much promises as a kind of genre that can be fused with other genres.”
So its gonna be a blast…get off your seat and groove, goyang and gelek.
Rozita was hopeful that her performance at Dangdut Asia will be well received in all the countries involved.
Talk about her future plans
Rozita shared, ” We will work on the video clip and i have been invited to join perpaduan road tour..definitely will have chance to promote my 4 singles i.e kenekkenek, zapin rinduan kasih, a beautiful life n anak ikan.”
Presently she’s working on a deal to perform in australia again and hope that it materialises.
Lagu dan lirik ciptaan Dior nie akan dipersembahkan di Dangdut Asia. Ada ke anak ikan turut berkongsi pentas? Apa apa pun tak sabar tuk persembahan Rozita dengan penampilan yang menarik dari Yustie Deanna Boutique.
Ministry of Dangdut

Bakat Penyanyi Malaysia Menyinar di D’Academy ASIA Indosiar BY bUDIEY.COM

http://www.budiey.com/56613-2/

Bakat Penyanyi Malaysia Menyinar di D’Academy ASIA Indosiar

0
Setelah sukses dengan ajang D’Academy season 1 (satu) dan 2 (dua), Indosiar mengembangkan brand D’Academy ke tingkat yang lebih tinggi. D’Academy adalah Program Talent Search nomor 1, selama 2 tahun berturut-turut, di Indonesia dan merupakan format asli Indosiar. Berdasarkan kesuksesan tersebut, Indosiar mempelopori sebuah new program Singing Talent Search tingkat Asia, yaitu D’Academy ASIA.
Untitled

D’Academy ASIA Indosiar bawa Dangdut dan Melayu Go Asia

D’Academy ASIA 2016 adalah program kompetisi menyanyi (Singing Talent Search) genre Dangdut dan Melayu tingkat Asia Tenggara, yang diikuti 4 negara, yaitu Indonesia sebagai tuan rumah, Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam. Program ini tidak hanya mengedepankan kompetisi bernyanyi, tapi yang lebih penting adalah mempererat persahabatan antar negara-negara di Asia Tenggara melalui Musik, Budaya dan Kreatifitas.
Tiap negara akan diwakili oleh 5 kontestan, sehingga total kontestan sebanyak 20 orang. Keduapuluh kontestan ini akan terbagi ke dalam 5 group melalui proses drawing pada episode perdana, yaitu PARADE 20. Para kontestan adalah para juara talent search di negaranya masing-masing, penyanyi profesional, atau semi profesional. Mereka adalah para penyanyi yang terdiri dari berbagai genre musik, namun mencintai dan berhasrat untuk mengembangkan musik asli negaranya masing-masing, yaitu Dangdut dan Melayu, supaya makin populer dan diminati semua generasi.
Program D’Academy Asia akan ditayangkan LIVE di INDOSIAR dan www.vidio.com (Live Streaming) mulai 16 November s/d 29 Desember 2015, setiap Pukul 18.30 WIB. Penampilan setiap peserta akan dikomentari oleh Komentator Vokal, Komentator Fashion, dan Komentator Stage Acting. Sistem penilaian menggunakan poin antara 60-100 oleh 4 Juri Online setiap episodenya secara LIVE ONLINE dari 4 negara.
Nama-nama kontestan dari INDONESIA adalah LESTI DA1, ATY DA1, EVI DA2 DANANG DA2, dan IRWAN DA2; MALAYSIA : MIMIFLY, SHIHA ZIKIR, HAZMAN, FITRI HISWADY, SYUHADA; SINGAPURA ABBY TINARA, SUHAIMI ZAINI, LYNN MALIK, HENNY HANIP, dan M. NOE; BRUNEI DARUSSALAM : ANA, NEFF ASLEE, GEORGE MAXSON, SAI FIRSA, YANIEY JUNAINI).
Para Komentator, yang akan mengomentari di atas panggung yaitu : SAIPUL JAMIL, INUL DARATISTA, IIS DAHLIA, IVAN GUNAWAN, dan SOIMAH (INDONESIA), AMELINA, dan MASIDAYU (MALAYSIA), ROSLINA MUSA (SINGAPURA), dan FAKHRUL RAZI (BRUNEI DARUSSALAM)
Komposisi Juri Online, yang akan memberikan penilaian secara LIVE STREAMING dari 4 negara yaitu : HENDRO SAKY, dan HETTY KOES ENDANG (INDONESIA), PAKNGAH dan ZUL 2BY2 (MALAYSIA), MAYUNI OMAR (SINGAPURA), HANS ANWAR dan DJ DAFFY (BRUNEI DARUSSALAM).
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
PARADE 20
Tayangan perdana D’Academy Asia akan menampilkan PARADE 20, yang berisi penyambutan, perkenalan dan drawing dari 4 negara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei) dengan dimeriahkan oleh IYETH BUSTAMI. Lagu-lagu asli dari 4 negara akan dibawakan bersama-sama oleh tiap negara yaitu : 200 Juta Jiwa (Indonesia), Kurik Kundi (Malaysia), Orang Singapura (Singapura), dan Sebarkan ke Seantero Dunia (Brunei Darussalam)
D’Academy Asia adalah terobosan besar dalam perkembangan format program televisi, musik Dangdut dan melayu di Indonesia, yang diyakini akan menggairahkan musik dangdut dan melayu di Asia Tenggara.
Mampukah wakil Indonesia mengimbangi suara emas dari penyanyi-penyanyi negara tetangga. Kita saksikan di D’Academy Asia hanya dilayar kaca Indosiar dan www.vidio.com.

Tiket Percuma Mini Konsert Amal Dangdut Asia, Hadiah Buat Peminat BY yOUTH bERNAMA

http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1282573


 

Tiket Percuma Mini Konsert Amal Dangdut Asia, Hadiah Buat Peminat

Oleh Nurulhuda Mansor

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Mini Konsert Amal Dangdut Asia bakal diadakan secara percuma sebagai hadiah buat peminat di The Gardens Theatre, Mid Valley pada 23 Sept ini dengan pembelian album kompilasi 'Dangdut Asia.'

Neway Karaoke dengan kerjasama Penerbit Album, D'or Entertainment akan merealisasikan Konsert Mini 'Dangdut Asia' yang bertemakan 'One Asia' sebagai pemangkin kepada industri muzik tempatan, terutama irama dangdut Malaysia.

Pengurus Pemasaran Neway Karaoke, Janet New berkata, "Ini adalah kali pertama pihak kami terlibat dengan mini konsert sebegini, jadi ia merupakan hadiah buat para peminat dangdut di luar sana untuk menonton secara percuma."

"Ini juga adalah salah satu cara untuk mempromosikan irama dangdut di Malaysia kerana masih ramai yang tidak mendengar muzik sebegini," katanya pada sidang media Dangdut Asia baru-baru ini.

GABUNGAN EMPAT NEGARA ASIA

Katanya lagi, beliau berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan D'or Entertainment serta artis-artis dari empat negara Asia ini.

D'or Entertainment muncul dengan kelainan melalui album 'Dangdut Asia' yang menampilkan Kompilasi Dangdut terkini yang di terjemahkan dalam bentuk Audio CD & Konsert Mini gabungan semua artis dangdut dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Penerbit album itu, Shahril Shaari yang juga dikenali sebagai Dior berharap konsert ini dapat menarik perhatian stesen-stesen radio terhadap irama dangdut.

"Dengan adanya Mini Konsert Amal Dangdut Asia, muzik dangdut di Malaysia juga boleh menembusi pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei," katanya kepada Bernama Lifestyle and Youth.

Bermula seawal jam 7 petang, mini konsert itu bakal dimeriahkan oleh barisan artis seperti Ayda Jebat yang akan menyanyikan lagu 'Pencuri Hati' versi dangdut, Dior, Rozita Rohaizad (single dangdut terbaru 'Anak Ikan'), Farez Adnan, Elda Susanti, Anis Aneesa, Ellisan Tan, Fauzi Hamzi, Amin Mahzun, Rubisa Tiasin dan ramai lagi artis dangdut dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei.

Tiket adalah percuma dengan pembelian Album Kompilasi berharga RM19.90 bermula 13 hingga 23 Sept hanya Di Neway One Utama dan pintu masuk konsert pada 23 Sept. Album Kompilasi akan diserahkan pada hari konsert.

--BERNAMA 

Penyanyi Brunei sertai Konsert Mini Amal Dangdut Asia by MEDIA PERMATA

http://mediapermata.com.bn/penyanyi-brunei-sertai-konsert-mini-amal-dangdut-asia/


Mini Konsert Amal & Pelancaran Album DANGDUT ASIA by SENSASI SELEBRITI

http://www.budiey.com/dangdut-asia/

‘Dangdut Asia’ Merupakan Kompilasi Dangdut Terkini Yang Di Terjemahkan Di Dalam Bentuk Audio Cd & Konsert Mini. Neway Dengan Kerjasama D’or Entertainment (Penerbit Album) Akan Merealisasikan Konsert Mini ‘Dangdut Asia’ Yang Bertemakan ‘One Asia’ Sebagai Pemangkin Kepada Industri Muzik Tempatan, Terutama Di Arena Dangdut Malaysia.
Program Ini Juga Dilihat Dapat Menggalakkan Anak – Anak Muda Berkarya Selain Itu Juga Sebagai Platform Untuk Industri Muzik Tempatan Melangkah Lebih ‘Asia’ Dengan Menggabungkan Semua Artis Dangdut Dari 4 Negara Iaitu Malaysia , Indonesia , Singapura Dan Brunei.
ARTIS YG HADIR DI HARI PC farez adnan, ellisan tan, rozita rohaizad, elda susanti, anis aneesa, dior, fauzi hamzi, amin mahzun
‘Muzik Dangdut Telah pun Berakar Umbi Di Malaysia Sejak Sekian Lama & Sangat Popular Di Setiap Lapisan Masyarakat’
‘Masyarakat Asia Dahagakan Perkembanagan Dangdut Terbaharu Dari Malaysia,Indonesia,Singapura&Brunei , Dengan Adanya Kompilasi Album Dangdut , Akan Menyemarakkan Lagi Muzik Industri Malaysia Secara Am Nya’
Mini Konsert Amal 23 September 2016
Antara Barisan Artis Yang Akan Terlibat Di Mini Konsert Ialah :-
*Ayda Jebat *Dior *Rozita Rohaizad *Farez Adnan *Elda Susanti *Anis Aneesa *Ellisan Tan *Fauzi Hamzi *Amin Mahzun *Rubisa Tiasin.


Artis Dangdut Asia Yang Datang Memberi Sokongan:
Indonesia: Qemil, Nong Niken & Jelia Iskandar
Singapura: Lynn Malik. Brunei: Dzuf Lee.
Tiket:
Percuma (Dengan Pembelian Album Kompilasi)
Tiket Dijual Dari 13-23September 2016 ,Hanya Di Neway One Utama & Pintu Masuk Konsert Pada 23 September. Album Kompilasi Akan Diserahkan Hanya Pada Hari Konsert..
Acara Bermula
7-8Pm : Red Carpet Theme Black & Gold
8:15-10:15Pm : Concert
10:15-11Pm : After Party & Lucky Draw
Lagu-Lagu Di Dalam Kompilasi Album Dangdut Asia (Rm19.90) Yang Akan Dijual Di Online Shopping Centre(Lazada) Selepas Hari Konsert:
Malaysia
*Ayda Jebat – Pencuri Hati (Versi Dangdut)
*Dior – Goyang Sampai Ke Lantai
*Rozita Rohaizad – Anak Ikan
*Farez Adnan Feat Elda Susanti – Rindu Sakit
*Anis Aneesa – Terusik
*Ellisan Tan – Ku Putih
*Fauzi Hamzi – Kasorga
*Amin Mahzun – Senyum Sokmo
*Rubisa – Mengapa
Singapura
*Lynn Malik – Baper (Bawa Perasaan)
Indonesia
*Erie Susan – Muara Kasih Bunda
*Qemil – Mabuk Kepayang
*Novy Ayla – Cintai Aku Kerana Allah (Jaipong Vers)
*Nong Niken – Hijrah
*Jelia Iskandar – Bidadari Pun Cemburu
* Ivan Gunawan Feat. Trio Ubur Ubur- Pedes Merem
Brunei
Dzuf Lee – Malu Malu Kucing